文档库 最新最全的文档下载
当前位置:文档库 › Peribahasa SPM

Peribahasa SPM

Peribahasa SPM
Peribahasa SPM

PERIBAHASA SPM

1. Tiada rotan akar pun berguna

Makna: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun berguna.

2. Bidan terjun

Makna: Mengantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba kerana ketiadaan orang itu.

3. Tangan terbuka

Makna: Menerima kunjungan dengan sukacita

4. Cepat kaki ringan tangan

Makna: Cekap dan suka menolong

5. Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Makna: Buat kerja, biar sampai habis/selesai

6. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Makna : Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa depan.

7. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

Makna: Semakin berilmu / tinggi pangkat semakin merendahkan diri

(tidak sombong)

8. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

Makna: Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembalki pokok persoalannya.(Apabila salah mulakan sekali lagi)

9. Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

Makna: Pokok dihargai kerana buahnya, manusia dihargai kerana jasanya.

10. Berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut

Makna: Berhati-hati apabila melakukan sesuatu

11. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

Makna: Sangat menghargai

12. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Makna: Kepandaian bukan hanya dimiliki oleh orang tua sahaja

13. Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan

Makna: Kerja kalau selalu ditangguh-tangguhkan akan terbengkalai

14. Langkah kanan

Makna: Bernasib baik.

Karangan : 5 Dimensi

1.Diri

2.keluarga dan masyarakat

3.negara

4.antarabangsa

5.komsas

1. Kamus dwi-bahasa(dwibahasa) cetakan ke-4 terbitan Syarikat Mawar akan berada di pasar (pasaran) minggu depan

2. Aturcara (Atur cara) Gotong –Royong Perdana sekolah itu akan mengadakan pada bulan Oktober ini.

Sikap setengah (sesetengah) pelajar yang mengabaikan disiplin amat dirasai (dikesali) oleh pihak sekolah.

Pepohon-pepohon rimbun di kebun itu dikerjakan oleh ayahnya.

Mesej = apa nak disampaikan oleh penulis

Pengajaran = apa yang kita dapat pelajaran dari novel

3e)Peribahasa( i ) “Kamu semua perlu menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu kamu siapkan segera. Perbuatan melengah-lengahkan kerja menyebabkan kerja itu sukar dilaksanakan,” nasihat

pengetua kepada pelajar-pelajarnya.

( ii ) “Kerjasama merupakan salah satu daripada unsur terpenting untuk mencapai

perpaduan. Oleh itu, setiap rakyat hendaklah mempraktikkannya demi menjamin

kestabilan ekonomi bagi mengekalkan kemerdekaan kemajuan, dan keamanan negara kita,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya sempena menyambut tahun baru.

( iii )

Hidup kayu biar berbuah, hidup manusa biar berjasa

( i ) kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan

( ii ) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni / hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

( iii ) Hidup kayu biar berbuah, hidup manusa biar berjasa

[ Maksimum : 6 markah]

相关文档